layout

Montaj KEMUDI

Selasa, 2 Mac 2010

TERIMA KASIH!!!!


ASSALAMMUALAIKUM....
Tiada kata seindah bahasa, tiada ucap seindah terima kasih..!!

Alhamdulillah, pada jam 12.15am, 1 Mac 2010, SEMINAR EVOLUSI SENI telah melabuhkan tirainya dengan penuh kesyukuran dan selamat...
Syukur tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam S.E.S dan MALAM EVOLUSI SENI..

Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada semua yang telah terlibat dan menjayakan M.E.S, barisan koordinasi program, pengarah dan timbalan pengarah program, presiden, VIP, serta semua peserta S.E.S yang turut sama menjayakan M.E.S..

Nantikan gambar-gambar dari lensa kami sepanjang seminar berlangsung....

Syukran.... Thank you... Sie' sie'... Nandre'...
TERIMA KASIH....

Ahad, 21 Februari 2010

SEMINAR EVOLUSI SENI -KEMUDI & MPM












KELAB KESENIAN MUDA INSANIAH DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA AKAN MENGADAKAN

SEMINAR EVOLUSI SENI
PADA: 27&28 FEB '10
DI: KUIN
BAYARAN: RM12(TERMASUK TIKET MALAM EVOLUSI SENI)

KEISTIMEWAAN:
MENGUPAS CARA BERDAKWAH MELALUI KESENIAN DENGAN:
-SENI PENGUCAPAN AWAM (contoh: penceramah bebas)
-SENI PENULISAN KERATIF (contoh: penulisan novel Islamik)
-SENI SUARA (contoh: penyanyi nasyid)

KELEBIHAN:
PADA MALAM PENUTUP SEMINAR, AKAN DIADAKAN
MALAM EVOLUSI SENI
-DENGAN PENAMPILAN ISTIMEWA.... MU'ADZ "STAND-UP"
-MONOLONG OLEH MUSLIMAT
-KOIR OLEH ADHOC
-PERLANCARAN BLOG KEMUDI
-MADLEY LAGU RAKYAT
DAN BERMACAM-MACAM LAGI..

TIKET MASUK HANYA RM6...!!
CEPAT!!!! SERTAINYA!!!!!!!!

Selasa, 9 Februari 2010

AHLI KEMUDI DIBERI PENGHORMATAN


















17 OKTOBER 2009, MARKAS PAS NEGERI (BATU SEMBILAN)

Seramai 10 orang Ahli KEMUDI telah diberi penghormatan dan dijemput untuk menjadi juri sempena Majli Pencarian Bakat Kanak-kanak PASTI Peringkat Kawasan. Mereka terdiri daripada 5 orang Muslimin dan 5 orang Muslimat.

Penglibatan mereka selaku juri pertandingan yang diadakan seperti pertandingan mendeklimasi sajak, bernasyid, bercerita, taranum dan sebagainya amatlah memberi impak kepada Kelab Kesenian Muda Insaniah ke mata masyarakat.

Jelas menunjukkan KEMUDI bukan sahaja bertindak sebagai medium dakwah melalui kesenian, malah medium mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat.

Isnin, 8 Februari 2010

Pengucapan Awam yang Berkesan


1. Kepada siapa anda berucap. Anda mesti mendapatkan maklumat terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang bakal anda ucapkan. Selidiki beberapa maklumat seperti berapa ramai yang akan mendengar, purata umur, jantina, latarbelakang, serta pendidikan. Juga buat anggaran apakah jangkaan mereka terhadap ucapan yang bakal anda sampaikan. Kemudian, tetapkan matlamat daripada ucapan tersebut. Di akhir ucapan, apakah yang anda ingin capai? Bagaimana untuk menjadikannya lebih bermakna?

2. Apa yang anda akan berucap... lakarkan. Ianya merupakan konsep dan kerangka utama yang hendak disampaikan. Lakaran tidak perlu ditulis berjela-jela. Cukup sekadar dalam bentuk peta minda yang berupa beberapa patah kata ringkas untuk menggambarkan apa yang ada di kepala anda. Kemudian, senaraikan isi-isi penting yang hendak disampaikan. Susun mengikut kronolfi, kesesuaian dan keserasian. Tuliskan dalam bentuk yang ringkas dan mudah dibaca terutama apabila anda sedang berucap. Seeloknya, anda menaip dan mencetaknya di atas kad-kad kecil yang senang dipegang.

3. Gunakan bahasa yang mudah. Jangan terlalu bombastic dalam mengeluarkan kata-kata. Objektif pengucapan awam adalah untuk memastikan audien memahami mesej yang ingin anda sampaikan. Oleh itu, jangan kelirukan audien anda.

4. Practice make Perfect. Amalan ini dilakukan oleh ramai tokoh-tokoh hebat dunia. Terdapat banyak ruang untuk anda berbuat demikian. Anda boleh berlatih di hadapan rakan-rakan dan bertanya pendapat mereka. Jika anda rasa malu atau segan, anda boleh lakukannya di hadapan cermin, dan melihat sendiri prestasi diri. Cara lain ialah dengan menggunakan perakam suara atau perakam perakam video.

5. Gunakan bahasa badan yang positif. Berdiri dengan tegap dan tinggi. Kembangkan bahagian dada dapatkan postur badan yang positif. Elakkan daripada berpeluk tubuh, menyeluk saku, bercekak pinggang atau apa-apa tabiat tangan yang tidak sesuai. Anda juga perlu tahu untuk menggunakan gerak tangan yang bersesuaian dengan apa yang anda perkatakan. Letakkan tangan anda di sisi bila ‘tidak digunakan’.

6. Selitkan sesuatu yang ‘istimewa’ sebagai daya penarik. Ia adalah cara untuk ‘menarik’ perhatian audien untuk mendengar ucapan anda. Ia mungkin dalam bentuk lafaz ayat-ayat suci al-Qur;an, pantun, petikan-petikan buku, kata-kata tokoh, teka-teki, cerita ringkas, humor, gimik dan sebagainya. Jika anda pandai menggunakan taktik ini, anda tidak akan ‘kehilangan’ audien anda. Atau mungkin anda akan menjadi terkenal kerana trademark anda yang menonjolkan sesuatu yang ‘istimewa’ itu.
7. Hubungan mata dan mimik muka yang sesuai. Kekalkan hubungan mata dengan para audien. Sesuaikan mimik muka dengan isi kandungan ucapan anda. Dalam pengucapan awam, suara anda adalah audio dan wajah anda adalah visual. Jika muka anda kelihatan kaku dan dingin, sudah pasti audien akan merasa bosan. Di kala itu, anda akan melihat berduyun-duyun audien yang ‘malarikan diri’ dari anda.

8. Penutup yang menjadi memori audien. Cubalah untuk meninggalkan audien anda dalam keadaan mereka akan mengenangkan anda. Sudahkan ucapan anda ketika orang lain sedang seronok mendengarnya. Anda boleh menggunakan semula teknik ‘sesuatu istimewa’ seperti pada pembukaan tadi. Jangan berkali-kali berkata, "...ah, saya rasa tidak ada apa lagi yang ingin diucapkan..." tetapi terus menyebut beberapa isi penting. Itu dinamakan penutup yang membosankan. Jika anda asyik melakukannya, pendengar akan muak dan bosan terhadap anda. Alangkah ruginya jika anda berpisah dalam keadaan yang membosankan, bukan?Perencah tambahan Cuba cari dan dapatkan tempat-tempat yang suci atau tidak ada orang yang ramai. Contohnya ketika anda sedang memandu keseorangan. Berlatihlah seumpama anda sedang berada dalam situasi sebenar. Rakamkan, dan juga dengar secara teliti dan cuba perbaiki mana-mana kelemahan yang dikenal pasti.Pencuci mulut"Sentiasalah mengandaikan pada penghujung anda berucap, terdapat 5000 orang bangun dan menepuk tangan kerana idea dan ucapan anda." (Thomas Hegarty)

tulisan: Khairool Ariffin bin Musa

Khamis, 28 Januari 2010

DISKUSI BERSAMA KEMUDI

Perbincangan bersama ahli-ahli KEMUDI telah diadakan pada:


Tarikh : 26 Januari 2010
Masa : 9.30 mlm - 11.15 mlm
Hari : Selasa
Tempat : C10 di Kolej Universiti INSANIAH


Berikut ialah hasil daripada perbincangan tersebut:
1) Pada 27 dan 28 Febuari 2010, akan diadakan Seminar Evolusi Kemudi (Vol 1) di Kolej Universiti INSANIAH.
2) Pembayaran bagi setiap peserta seminar ialah RM12.
3) Memperkenalkan ahli-ahli organisasi yang baru.
4) Membentang semula semua poft folio ahli majlis mesyuarat.

Selasa, 12 Januari 2010

SATU KEMAAFAN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sahabat-sahabat KEMUDI yang disayangi...

"Kita merancang, Allah turut merancang, tapi Dia adalah sebaik-baik perancang"

Itulah ungkapan yang sesuai....

Mohon kemaafan an keampunan kepada sahabat-sahabat yang telah berdaftar kepada pihak pengurusan KEM EVOLUSI SENI, kami memohon sepuluh jari kemaafan atas penangguhan kem ini...

Kami amat berharap sahabat-sahabat dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka..
Kami percaya setiap yang datang dan menimpa kita pasti ada hikmahnya..

Tarikh baru akan diberitahu kemudian.
Harap maklum...

Sekali lagi kami memohon kemaafan,.
"SETIAP KESULITAN PASTI ADA KESENANGAN...."

Jumaat, 8 Januari 2010

KEM EVOLUSI SENI

Salam sejahtera, Assalammualaikum....

Majlis Perwakilan Mahasiswa dengan kerjasama Kelab Kesenian Muda INSANIAH akan mengadakan kem 'KEM EVOLUSI SENI' yang akan diadakan pada ketepapan berikut:

TARIKH: 14 - 16 JANUARI 2010
TEMPAT: KEM BELANTARA ELIT
BAYARAN: RM30

Mahasiswa semua dijemput untuk meyertai kem ini. kem ini akan mengupas 3 elemen seni utama, Seni Pengucapan Awam, Seni Suara, dan Seni Penulisan Kreatif.

Sila dapatkan borang di Tourism atau di atas ini. Sila hantar sebelum 11 Januari 2010!!

Cepat!!!!!