Montaj KEMUDI
Rabu, 29 Disember 2010
Siapa Selepas Syaitan
IPTIM DI KISDAR
Rabu, 3 November 2010
Peperiksaan Akhir Semester DITANGGUH
"petikan daripada Nota Facebook Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN"
ASSALAMUALAIKUM...
UNTUK MAKLUMAN SEMUA MAHASISWA/WI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, HASIL PERBINCANGAN DUA HALA ANTARA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) DENGAN PIHAK HAL-EHWAL AKADEMIK (HEA) SATU KEPUTUSAN TELAH DIKELUARKAN DAN BERKUAT KUASA PADA HARI INI BAHAWA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER DITUNDA KE BULAN HADAPAN, BERMULA DARI TARIKH 4/12/2010...
HARI INI TARIKH 3/11/2010, BERMULANYA CUTI SEMESTER BAGI SESI KALI INI.
KAMI BAGI PIHAK MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA (MPM) BERHARAP SEMUA MAHASISWA/WI INSANIAH DAPAT MENYEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG MASIH BELUM MENGETAHUI TENTANG PERKARA INI.
SEBARANG MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PERKARA INI HENDAKLAH DIRUJUK TERUS KEPADA PIHAK JABATAN HAL-EHWAL AKADEMIK.
Ahad, 24 Oktober 2010
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Isnin, 4 Oktober 2010
Khamis, 9 September 2010
Sabtu, 28 Ogos 2010
PeRjUMAPaaN daN iFtOr KEMUDI
Perjumpaan Ahli KEMUDI dan Iftor KEMUDI
majlis akan bermula pada ketetapan berikut :
HARI : AHAD
TARIKH : 29.8.2910
TEMPAT : DSAHO
*pakaian ahli-
--Baju melayu (LELAKI)
--Baju Kurung/Jubah (PEREMPUAN)
Agenda:
--Kata Aluan dari Presiden, MT dan eXCO KEMUDI
--Perjumpaan Ahli
-- Majlis berbuka puasa.
Selasa, 17 Ogos 2010
Salam Ramdhan al-Mubarak
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK!!
Islamic Icon Kolej Universiti Insaniah
Isnin, 5 Julai 2010
SEMESTER BARU!!!
Rabu, 2 Jun 2010
KEMUDI@MSR 2010
ASSALAMMUALAIKUM....
Insya Allah, KEMUDI menyokong dan akan bersama dengan enjin penggerak MSR 2010/1...
Terdapat juga ahli KEMUDI yang berada dalam organisasi MSR tersebut......
Insya Allah kemunculan pengacara majils dari KEMUDI.....
Sabtu, 24 April 2010
KEMUDI KINI DI FACE BOOK!!!
Jumaat, 23 April 2010
Rabu, 14 April 2010
YANG TERBARU
ASSALAMMUALAIKUM.....
INILAH!! inilah yang terbaru dari KEMUDI.. dan kami dalam proses memperbaharui
www.kemudikuin.blogspot.com
Maaf jika kami terlewat untuk memperkenalkan AMT dan EXCO baru KEMUDI..
dan memperkenalkan Akademi baru dalam KEMUDI, iaitu,,
AKADEMI SENI PERSEMBAHAN (ASaH)..
untuk pengetahuan, AMT dan EXCO baru KEMUDI akan memperbaiki kelemahan dan apa yang telah terjadi sebelum ini,insya Allah....
kami hanya memerlukan penerimaan dan respon dari setiap ahli dan juga memninta ahli supaya bergiat aktif, supaya 'tiada muka sama' yang akan menjadi tatapan...
Sesungguhnya, kita perlu bantu membantu...
Tiada pena dapat mencoretkan puisi jika tiada jari, tiada jari yang mampu bergerak jika tiada daya, tiada daya jika tiada akal dan pemikiran, tiada akal dan pemikiran jika tiada INSAN....
Rabu, 31 Mac 2010
NANTIKAN SESUATU YANG BARU!!
NANTIKAN SESUATU YANG BARU DALAM,
Jumaat, 26 Mac 2010
MESYUARAT AGONG TAHUNAN KEMUDI - ANNUAL GRAND MEETING-
MESYUARAT AGONG TAHUNAN KEMUDI
-ANNUAL GRAND MEETING-
PERHATIAN KEPADA SETIAP AHLI KEMUDI!!!
Mesyuarat Agong Kemudi akan diadakan pada ketetapan berikut:
TARIKH : 29 MAC 2010 (ISNIN)
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : DSAHO
"DATANG LAH BERAMAI-RAMAI!!!"
Bakal menanti anda:
* Perletakan jawatan AMT dan EXCO lama.
* Perlantikan jawatan AMT dan EXCO baru.
* Ucapan Pengasas KEMUDI
* Perlancaran KAD ALUMNI KEMUDI.
* Macam-macam ada!!
Selasa, 16 Mac 2010
LET's DISCUS -KEMUDI & BAKA-
Selasa, 2 Mac 2010
MALAM EKSPRESI KESENIAN ISLAM
MUHAMMAD: TRAVELOG UTUSAN TERAKHIR
Assalammualaikum...
Pada 26 Febuari 2010
Bersamaan 11 Rabiul Awal 1431H
Kelab Kesenian Muda Insaniah (KEMUDI) telah diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri kedah dibawah kelolaan Biro Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah untuk mementaskan satu pementasan pentomen berkisar tentang Rasulullah s.a.w.
Dengan amanah yang diberikan, KEMUDI telah pun mementaskan pementasan tersebut dengan tajuk MUHAMMAD: TRAVELOG UTUSAN TERAKHIR.
Alhamdulillah, dengan persiapan dan latihan yang kurang, persembahan kami telah mendapat pujian dan perhatian oleh salah seorang ahli parlimen Negeri Kedah sendiri.
Kami bersyukur dengan sokongan dan dorongan diberikan kepada kami untuk memeriahkan MALAM EKSPRESI KESENIAN ISLAM yg turut disertai oleh Kumpulan Hijjaz, Zulfan dan Pak Long..
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda yang telah sama-sama menjayakan MALAM EKSPRESI KESENIAN ISLAM dan memartabatkan dakwah melalui KESENIAN ISLAM..
TERIMA KASIH!!!!
Tiada kata seindah bahasa, tiada ucap seindah terima kasih..!!
Alhamdulillah, pada jam 12.15am, 1 Mac 2010, SEMINAR EVOLUSI SENI telah melabuhkan tirainya dengan penuh kesyukuran dan selamat...
Syukur tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam S.E.S dan MALAM EVOLUSI SENI..
Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada semua yang telah terlibat dan menjayakan M.E.S, barisan koordinasi program, pengarah dan timbalan pengarah program, presiden, VIP, serta semua peserta S.E.S yang turut sama menjayakan M.E.S..
Nantikan gambar-gambar dari lensa kami sepanjang seminar berlangsung....
Syukran.... Thank you... Sie' sie'... Nandre'...
TERIMA KASIH....
Ahad, 21 Februari 2010
SEMINAR EVOLUSI SENI -KEMUDI & MPM
KELAB KESENIAN MUDA INSANIAH DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA AKAN MENGADAKAN
CEPAT!!!! SERTAINYA!!!!!!!!
Selasa, 9 Februari 2010
AHLI KEMUDI DIBERI PENGHORMATAN
17 OKTOBER 2009, MARKAS PAS NEGERI (BATU SEMBILAN)
Seramai 10 orang Ahli KEMUDI telah diberi penghormatan dan dijemput untuk menjadi juri sempena Majli Pencarian Bakat Kanak-kanak PASTI Peringkat Kawasan. Mereka terdiri daripada 5 orang Muslimin dan 5 orang Muslimat.
Penglibatan mereka selaku juri pertandingan yang diadakan seperti pertandingan mendeklimasi sajak, bernasyid, bercerita, taranum dan sebagainya amatlah memberi impak kepada Kelab Kesenian Muda Insaniah ke mata masyarakat.
Jelas menunjukkan KEMUDI bukan sahaja bertindak sebagai medium dakwah melalui kesenian, malah medium mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat.
Isnin, 8 Februari 2010
Pengucapan Awam yang Berkesan
1. Kepada siapa anda berucap. Anda mesti mendapatkan maklumat terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang bakal anda ucapkan. Selidiki beberapa maklumat seperti berapa ramai yang akan mendengar, purata umur, jantina, latarbelakang, serta pendidikan. Juga buat anggaran apakah jangkaan mereka terhadap ucapan yang bakal anda sampaikan. Kemudian, tetapkan matlamat daripada ucapan tersebut. Di akhir ucapan, apakah yang anda ingin capai? Bagaimana untuk menjadikannya lebih bermakna?
2. Apa yang anda akan berucap... lakarkan. Ianya merupakan konsep dan kerangka utama yang hendak disampaikan. Lakaran tidak perlu ditulis berjela-jela. Cukup sekadar dalam bentuk peta minda yang berupa beberapa patah kata ringkas untuk menggambarkan apa yang ada di kepala anda. Kemudian, senaraikan isi-isi penting yang hendak disampaikan. Susun mengikut kronolfi, kesesuaian dan keserasian. Tuliskan dalam bentuk yang ringkas dan mudah dibaca terutama apabila anda sedang berucap. Seeloknya, anda menaip dan mencetaknya di atas kad-kad kecil yang senang dipegang.
3. Gunakan bahasa yang mudah. Jangan terlalu bombastic dalam mengeluarkan kata-kata. Objektif pengucapan awam adalah untuk memastikan audien memahami mesej yang ingin anda sampaikan. Oleh itu, jangan kelirukan audien anda.
4. Practice make Perfect. Amalan ini dilakukan oleh ramai tokoh-tokoh hebat dunia. Terdapat banyak ruang untuk anda berbuat demikian. Anda boleh berlatih di hadapan rakan-rakan dan bertanya pendapat mereka. Jika anda rasa malu atau segan, anda boleh lakukannya di hadapan cermin, dan melihat sendiri prestasi diri. Cara lain ialah dengan menggunakan perakam suara atau perakam perakam video.
5. Gunakan bahasa badan yang positif. Berdiri dengan tegap dan tinggi. Kembangkan bahagian dada dapatkan postur badan yang positif. Elakkan daripada berpeluk tubuh, menyeluk saku, bercekak pinggang atau apa-apa tabiat tangan yang tidak sesuai. Anda juga perlu tahu untuk menggunakan gerak tangan yang bersesuaian dengan apa yang anda perkatakan. Letakkan tangan anda di sisi bila ‘tidak digunakan’.
6. Selitkan sesuatu yang ‘istimewa’ sebagai daya penarik. Ia adalah cara untuk ‘menarik’ perhatian audien untuk mendengar ucapan anda. Ia mungkin dalam bentuk lafaz ayat-ayat suci al-Qur;an, pantun, petikan-petikan buku, kata-kata tokoh, teka-teki, cerita ringkas, humor, gimik dan sebagainya. Jika anda pandai menggunakan taktik ini, anda tidak akan ‘kehilangan’ audien anda. Atau mungkin anda akan menjadi terkenal kerana trademark anda yang menonjolkan sesuatu yang ‘istimewa’ itu.
7. Hubungan mata dan mimik muka yang sesuai. Kekalkan hubungan mata dengan para audien. Sesuaikan mimik muka dengan isi kandungan ucapan anda. Dalam pengucapan awam, suara anda adalah audio dan wajah anda adalah visual. Jika muka anda kelihatan kaku dan dingin, sudah pasti audien akan merasa bosan. Di kala itu, anda akan melihat berduyun-duyun audien yang ‘malarikan diri’ dari anda.
8. Penutup yang menjadi memori audien. Cubalah untuk meninggalkan audien anda dalam keadaan mereka akan mengenangkan anda. Sudahkan ucapan anda ketika orang lain sedang seronok mendengarnya. Anda boleh menggunakan semula teknik ‘sesuatu istimewa’ seperti pada pembukaan tadi. Jangan berkali-kali berkata, "...ah, saya rasa tidak ada apa lagi yang ingin diucapkan..." tetapi terus menyebut beberapa isi penting. Itu dinamakan penutup yang membosankan. Jika anda asyik melakukannya, pendengar akan muak dan bosan terhadap anda. Alangkah ruginya jika anda berpisah dalam keadaan yang membosankan, bukan?Perencah tambahan Cuba cari dan dapatkan tempat-tempat yang suci atau tidak ada orang yang ramai. Contohnya ketika anda sedang memandu keseorangan. Berlatihlah seumpama anda sedang berada dalam situasi sebenar. Rakamkan, dan juga dengar secara teliti dan cuba perbaiki mana-mana kelemahan yang dikenal pasti.Pencuci mulut"Sentiasalah mengandaikan pada penghujung anda berucap, terdapat 5000 orang bangun dan menepuk tangan kerana idea dan ucapan anda." (Thomas Hegarty)
tulisan: Khairool Ariffin bin Musa
Khamis, 28 Januari 2010
DISKUSI BERSAMA KEMUDI
Perbincangan bersama ahli-ahli KEMUDI telah diadakan pada:
Masa : 9.30 mlm - 11.15 mlm
Hari : Selasa
Tempat : C10 di Kolej Universiti INSANIAH
Berikut ialah hasil daripada perbincangan tersebut:
1) Pada 27 dan 28 Febuari 2010, akan diadakan Seminar Evolusi Kemudi (Vol 1) di Kolej Universiti INSANIAH.
2) Pembayaran bagi setiap peserta seminar ialah RM12.
3) Memperkenalkan ahli-ahli organisasi yang baru.
4) Membentang semula semua poft folio ahli majlis mesyuarat.
Selasa, 12 Januari 2010
SATU KEMAAFAN
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Sahabat-sahabat KEMUDI yang disayangi...
"Kita merancang, Allah turut merancang, tapi Dia adalah sebaik-baik perancang"
Itulah ungkapan yang sesuai....
Mohon kemaafan an keampunan kepada sahabat-sahabat yang telah berdaftar kepada pihak pengurusan KEM EVOLUSI SENI, kami memohon sepuluh jari kemaafan atas penangguhan kem ini...
Kami amat berharap sahabat-sahabat dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka..
Kami percaya setiap yang datang dan menimpa kita pasti ada hikmahnya..
Tarikh baru akan diberitahu kemudian.
Harap maklum...
Sekali lagi kami memohon kemaafan,.
"SETIAP KESULITAN PASTI ADA KESENANGAN...."
Jumaat, 8 Januari 2010
KEM EVOLUSI SENI
Salam sejahtera, Assalammualaikum....
Majlis Perwakilan Mahasiswa dengan kerjasama Kelab Kesenian Muda INSANIAH akan mengadakan kem 'KEM EVOLUSI SENI' yang akan diadakan pada ketepapan berikut:
TARIKH: 14 - 16 JANUARI 2010
TEMPAT: KEM BELANTARA ELIT
BAYARAN: RM30
Mahasiswa semua dijemput untuk meyertai kem ini. kem ini akan mengupas 3 elemen seni utama, Seni Pengucapan Awam, Seni Suara, dan Seni Penulisan Kreatif.
Sila dapatkan borang di Tourism atau di atas ini. Sila hantar sebelum 11 Januari 2010!!
Cepat!!!!!